Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pendaratan Kecemasan – Dua Anggota Tentera Mengalami Patah Tulang Belakang Dan Luka-Luka
 Pendaratan Kecemasan – Dua Anggota Tentera Mengalami Patah Tulang Belakang Dan Luka-Luka
Semasa

Pendaratan Kecemasan – Dua Anggota Tentera Mengalami Patah Tulang Belakang Dan Luka-Luka

by The Vokal 28/06/2024 608

KLUANG – Seorang pegawai dan dua anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) mengalami patah tulang belakang selain luka-luka di bahagian anggota badan serta kecederaan yang belum dikenal pasti semasa melakukan latihan penerbangan malam di Kem Mahkota Kluang dekat sini pada awal pagi Jumaat.

Perhubungan Raya Tentera Darat (PRTD) dalam satu kenyataan memberitahu, tiga anggota berkenaan yang merupakan jurulatih helikopter, penuntut kursus dan krew kuatermasters melakukan pendaratan kecemasan di kem terbabit.

“TDM mengesahkan sebuah pesawat Agusta A109 LOH telah melakukan pendaratan kecemasan di mana kejadian berlaku semasa sesi Latihan Penerbangan Malam, Army Aviation Basic Official Course di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Diraja (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang pada jam 1.35 pagi tadi 28 Jun 2024.

“Kesemua anak kapal berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk menerima rawatan,” kenyataan itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, PRTD berkata, susulan kejadian itu pihak TDM menghentikan penerbangan sementara helikopter berkenaan dan pemeriksaan akan dilakukan untuk mengendalikan status pesawat itu dengan segera.

“Pada masa sama, satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TSM juga memohon orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan mendoakan semua anak kapal diberikan kesembuhan,” tambah itu.

Sumber: SinarHarian

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 66

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 65

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 70

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.