Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bas Terbalik Di Genting Highland – Dua Maut 19 Cedera Termasuk Pemandu
 Bas Terbalik Di Genting Highland – Dua Maut 19 Cedera Termasuk Pemandu
Semasa

Bas Terbalik Di Genting Highland – Dua Maut 19 Cedera Termasuk Pemandu

by The Vokal 29/06/2024 698

Bentong: Dua maut manakala 19 individu termasuk pemandu cedera selepas bas persiaran dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, di sini, hari ini.

Difahamkan dua daripada mangsa dilapor tersepit dan disahkan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.43 pagi.

“Sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, BBP Genting Highlands dan Unit Kebakaran Genting dikejarkan ke lokasi.

“Sejurus tiba, didapati dua penumpang tersepit di dalam bas manakala 19 orang mangsa dibawa keluar dari bas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati bas persiaran berkenaan membawa 11 penumpang lelaki dan tujuh wanita warga China.

“Manakala tiga lagi mangsa adalah pemandu dan dua pemandu pelancong warga tempatan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 73

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.