Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok
 Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok
Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 12

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan, dilaporkan bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Menurut sumber terdekat pasangan berkenaan, permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan pada awal bulan lalu, dan prosiding esok dijadualkan sebagai sebutan pertama di hadapan hakim syarie.

Sumber itu turut memaklumkan bahawa pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung sejak Ogos lalu, selepas penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu didakwa melafazkan talak ketika mereka berada di dalam kereta.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Afifah mengesahkan anak guamnya akan hadir ke mahkamah seperti dijadualkan.

“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.

“Namun, saya tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat keputusan esok kerana biasanya perlu ada siasatan terlebih dahulu,” katanya memetik Kosmo! Online hari ini.

Jelas Akberdin, sebarang kenyataan lanjut mengenai punca perceraian hanya akan dibuat selepas prosiding selesai dijalankan.

Nubhan, 39, dan Afifah, seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.

 

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 37

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan

by thevokal 12/10/2025 89

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam

Selebriti

Retrospektif Showcase: Afgan mahu lebih kasual, intim

by thevokal 09/10/2025 26

PENYANYI tersohor Indonesia, Afgan, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.