Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah… ‘Ada hal-hal luar dugaan, tak masuk akal’ – Siti Nurhaliza
 Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah… ‘Ada hal-hal luar dugaan, tak masuk akal’ – Siti Nurhaliza
Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah… ‘Ada hal-hal luar dugaan, tak masuk akal’ – Siti Nurhaliza

by Deel Anjer 13/10/2025 311

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain pada hari persembahan Grand Finale,” ujar Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti berkata demikian selepas berkongsi video (di Instagram) anak buahnya yang juga bintang program Talk To My Managaer (TTMM), Ahmad Dayyan sewaktu rehearsal baru-baru ini.

Menurut Siti, apa yang berlaku kepada Amad adalah takdir, namun dalam masa sama menyangkal semua spekulasi negatif netizen terhadap anak kedua adiknya, juga penyanyi Siti Saerah itu.

Siti menegaskan bahawa insiden Amad rebah bukanlah berpunca daripada masalah kesihatan, tekanan daripada komen netizen, atau keletihan, sebaliknya sesuatu yang tidak dapat dijelaskan secara logik.

“Sebagai ahli keluarga kami mengetahui perkara yang berlaku bukan faktor kesihatan, kesan dari komen atau penat tetapi sebagai manusia biasa. Kita percaya dalam kehidupan ada hal-hal luar dugaan dan tak masuk akal tapi itulah hakitkatnya.

“Bagi sesiapa yang berada di lokasi semalam, pasti tahu apa yang berlaku. Untuk bersikap adil kepada Amad janganlah ada pelbagai persepsi kerana mereka yang melihat kejadian sahaja yang tahu.

“Begitulah, setiap kita ada cabaran, ini kan pula dalam bidang ini. Segalanya terbuka luas.

“Malah malam tadi bukan Amad sahaja yang terkena tetapi adik Amad, Aisy juga terkena tempiasnya.Doakan agar kita semua dilindungi-Nya selalu. Doakan Amad juga,” tambahnya.

Terdahulu, beberapa minit sebelum memulakan persembahan, Amad kelihatan kurang sihat selain sempat menyebut ‘sakit’ sebelum cuba ditenangkan oleh ibu serta pihak produksi.

Malah Ahmad difahamkan pengsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir bersama penyanyi Nadeera Zaini menerusi lagu Bukan Lagi Kita untuk konsert Grand Finale.

Sekadar info, Siti Sairah dan Amad berjaya menduduki tangga keenam dengan markah 52.17 peratus menerusi persembahanya yang membawakan lagu Cinta Kerana Cinta (Judika) dan Bukan Lagi Kita bersama Nadeera Zaini. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

Deel Anjer

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 101

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 117

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 114

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.