Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. ‘Kopi bawa padah jika berlebihan, cukup 400 mg sahaja’ – Dr Afif
 ‘Kopi bawa padah jika berlebihan, cukup 400 mg sahaja’ – Dr Afif
Dr Afif Mohd Ridzwan
Santai

‘Kopi bawa padah jika berlebihan, cukup 400 mg sahaja’ – Dr Afif

by thevokal 27/11/2025 95

Ramai antara kita memang tidak boleh hidup tanpa minum kopi dan menganggapnya sebagai ‘teman setia’.

Bangun pagi kopi, tengah hari kopi, petang pun kopi lagi. Ia tidak salah kerana kopi menambah tenaga kita untuk bekerja seharian.

Namun, kafein tetap mempunyai had atau dos yang perlu diambil agar tidak memudaratkan kesihatan.

Menurut Dr Afif Mohd Ridzwan, kopi mengandungi kafein, iaitu bahan perangsang semula jadi yang memberi kesan kepada sistem saraf.

“Pengambilan kafein secara terkawal memberi manfaat, tetapi jika dos berlebihan boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan.

“Sama ada kopi bancuh atau 3 in 1, setiap individu dewasa perlu mengambil dos hanya 400 miligram (mg) untuk sehari. Ini bersamaan 2 atau 3 gelas kopi.

“Ini bermakna, satu gelas kopi boleh mengandungi sekitar 100–200 mg kafein, kalau tiga gelas sahaja sudah melebihi dos maksimum Harian,” katanya.

Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain juga akui terkejut apabila mendengar dalam satu sesi panggilan radio, seorang pendengar mengaku meminum sehingga 15 gelas kopi sehari.

Jika dikira secara kasar, jumlah itu boleh mencecah 1,500 mg kafein sehari, iaitu hampir empat kali ganda melebihi dos yang diperlukan badan.

“Ini boleh membawa kepada penyakit kronik apabila ia meningkatkan risiko kerosakan organ dalaman untuk jangka panjang, apatah lagi jika minum kopi secara berlebihan bertahun-tahun tanpa kawalan.

“Antara kesan negatif jika terlebih Kafein adalah tekanan darah meningkat, degupan jantung menjadi laju dan jantung bekerja kuat daripada biasa.

“Bukan itu sahaja, pengambilan kafein secara berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang

“Ia boleh menyebabkan pengembangan salur darah dan peningkatan aliran darah yang mendadak. Buah pinggang tidak sempat menapis dengan stabil, sekali gus meningkatkan risiko kebocoran atau kerosakan jangka panjang.

“Selain itu, seseorang itu juga berisiko dapat gastrik dan gangguan tidur,”ujarnya.

Dr Afif juga menegaskan pesakit darah tinggi, ada masalah jantung, gastrik, wanita hamil dan mereka yang sensitif dengan kafein, agar berhati-hati apabila mengambil kopi.

Golongan ini disarankan mengambil kafein pada kadar yang minima atau bawah pemantauan doktor.

“Walaupun situasi ini mungkin membimbangkan sesetengah pihak, sebenarnya tak perlu risau.

“Kopi banyak manfaat antaranya meningkatkan metabolisme, mudah untuk fokus dan bersifat antioksidan.

“Kopi bukanlah minuman yang berbahaya tetapi dos menentukan sama ada ia memberi manfaat atau mudarat. Lebih baik kita mencegah daripada kita ulang alik ke hospital suatu hari nanti hanya kerana pengambilan kafein secara berlebihan,”tambahnya lagi. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 26

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 18

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 274

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.