Berkhatan sambil senyum? Teknik Al Farhain jadi bualan ramai, slot licin dalam beberapa jam!
Siapa sangka, pusat rawatan yang sejak dulu menjadi pilihan ramai ini kembali mencuri perhatian, selepas video anak-anak berkhatan sambil tersenyum di Pusat Rawatan Al Farhain tular di media sosial, membuatkan lebih ramai ibu bapa yakin memilihnya.
Sebelum ini, sebut saja berkhatan ianya sinonim dengan tangisan, drama bilik rawatan dan pujuk rayu tak habis-habis.
Tapi perkongsian ibu bapa tentang pengalaman anak yang tenang, tak menangis, siap berbual ketika prosedur dijalankan membuatkan orang ramai kagum, sehingga ramai sanggup berlumba-lumba tempat slot berkhatan.
Salah satu gambar yang menjadi bualan menunjukkan seorang kanak-kanak duduk tenang dan senyum di sisi doktor sejurus sahaja selesai berkhatan. Ekspresi muka dia langsung tak takut.
Berkongsi kegembiraan itu di akaun TikTok, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan sempat meluahkan rasa syukur.
“Dalam media sosial, ramai tanya saya, ‘Anak ni kuat sangat ke… atau doktor Al Farhain yang power?’
“Jawapan saya mudah saja, semuanya dengan izin Allah. Yang penting, anak senyum. Ibu ayah pun bahagia.
“Nak tahu, ada yang siap boleh gelak lagi dan layan doktor berbual. Tiba-tiba dah siap,” katanya.
Sejak gambar itu jadi perhatian, ramai yang mula mencari lokasi dan nombor pusat rawatan tersebut. Ada yang kongsi sanggup datang dari daerah lain hanya untuk dapatkan pengalaman yang sama.
“Sejak gambar itu tular, tempahan berkhatan di Al Farhain meningkat mendadak. Ada slot yang licin hanya dalam beberapa jam.
“Kami pun terkejut bila ramai datang walk in sekali gus. Tak kira lagi yang call klinik nak buat tempahan. Ada juga yang berharap pihak kami tambah slot tambahan.
“Ramai juga ibu bapa dari luar Kelantan yang mahu buat tempahan slot berkhatan.
“Terus terang, kami pun terkejut bila gambar ini tular. Kami tak buat apa-apa promosi yang besar sangat pun. Ibu bapa sendiri yang kongsi pengalaman,” katanya.
“Rata-rata ibu bapa memuji apabila selepas berkhatan, anak mereka tak menangis, lebih berani dan macam tak ada apa-apa berlaku,” katanya.

Menurut beliau, apa yang membuatkan ramai ibu bapa yakin ialah pendekatan khas pasukan Al Farhain untuk menenangkan anak sebelum, semasa dan selepas prosedur berkhatan.
“Kanak-kanak bukan takut berkhatan saja, tetapi mereka juga takut suasana.
“Jadi kami jadikan bilik rawatan lebih mesra, doktor bercakap dengan lembut, terangkan perlahan-lahan… sampai anak rasa mereka dalam keadaan selamat,” jelasnya.
Kata beliau lagi, prosedur yang lebih teratur dan cepat membantu mengurangkan ketakutan kanak-kanak.
“Kami tak berlumba siapa paling laju.
Kami fokus supaya anak rasa selesa, tak panik, tak trauma.
Bila anak tenang, ibu bapa pun lega,” tambahnya.
Fenomena ini membuatkan Al Farhain menjadi antara lokasi berkhatan paling disebut-sebut di Kelantan musim ini. Bukan sebab iklan, tapi sebab testimoni sebenar ibu bapa yang kongsikan sendiri.
Dengan musim berkhatan sedang memuncak, Al Farhain kini menjadi ‘hotspot’ yang dipilih ibu bapa yang mahukan pengalaman berkhatan yang lebih tenang, mesra dan bebas ‘drama’. – THE VOKAL
https://vt.tiktok.com/ZSP2PAGUv/