Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Lagu Masuk Lagi: Baby Shima pesan, ‘Kalau dah sedia dipinang, tak perlu malu!’
 Lagu Masuk Lagi: Baby Shima pesan, ‘Kalau dah sedia dipinang, tak perlu malu!’
Selebriti

Lagu Masuk Lagi: Baby Shima pesan, ‘Kalau dah sedia dipinang, tak perlu malu!’

by thevokal 14/12/2025 858

Penyanyi popular, Baby Shima, kembali mencuri perhatian apabila muncul dengan single terbaharunya berjudul Masuk Lagi ciptaan Harry Khalifah atau Apak dan lirik oleh Ajim Maze.

Masuk Lagi ini membawa kisah kerinduan, penantian panjang dan harapan seorang wanita yang akhirnya bertemu cinta sejati dan kini cuma menunggu kekasih datang meminang.

Menurut Shima, lagu ini dekat dengan jiwanya kerana ia menggabungkan unsur manja, rindu dan romantik yang pastinya membuatkan pendengar tersenyum sendiri.

“Lagu ni mengisahkan seorang gadis yang dah lama hidup keseorangan, menanti hadirnya cinta sejati.

“Apabila bertemu dengan jejaka idaman, hati tu dah tak sabar. Cuma satu saja yang diharapkannya, jadi cepatlah datang meminang,” katanya.

Menurut Shima lagi, proses rakaman single ini tidak mengambil masa lama kerana mood lagu itu sendiri sudah ‘masuk elok’ dengan emosi yang ingin disampaikan.

“Alhamdulillah, proses recording sekejap saja, semuanya smooth. Mungkin sebab feel lagu tu memang kena dengan jiwa saya.

“Lagu ni banyak lenggok, banyak main melodi… sebab tu ramai cakap vokal kali ni dengar lebih matang.

“Bukan itu sahaja, saya rasa dapat explore vokal lebih bebas. Boleh sampaikan emosi tanpa sekatan dan luahkan apa sahaja berdasarkan lirik lagu ini.

“Terima kasih juga kepada Apak yang menjaga vokal saya sewaktu rakaman lagu Masuk Lagi,” jelasnya.

Buat masa ini, Shima juga belum merancang untuk mengeluarkan album meskipun telah merakamkan banyak lagu.

“Setakat ni, fokus saya pada single satu-satu dulu. Kalau ada permintaan ramai nanti, album tu mungkin jadi kenyataan. Kita tengok macam mana. Doakan ya,” ujarnya.

Kepada semua peminat, jangan lupa langgan lagu Masuk Lagi di semua platform digital. – THE VOKAL

 

https://youtu.be/qpu1_c3FmGA?si=vT1bvsxoE_hukWGd

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 166

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.