Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi Drama Baharu Berkait Da’i Syed
 “Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi Drama Baharu Berkait Da’i Syed
Selebriti

“Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi Drama Baharu Berkait Da’i Syed

by thevokal 03/03/2026 90

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharu arahannya, Jangan Panggil Aku Gus, dengan kisah pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed.

Menurut Erma, dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas kerana karya berkenaan bukan diinspirasikan daripada kisah individu terbabit.

“Mana ada! Tiada kena-mengena dengan dia pun. Apa yang berlaku kepada dia pun saya sendiri tak tahu kebenarannya,” katanya.

Tambah Erma yang nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, dia tidak mengikuti perkembangan kisah yang melibatkan individu berkenaan, justeru tidak mungkin menghasilkan karya berdasarkan sesuatu yang tidak diketahui secara jelas.

“Saya tak reti nak buat benda yang saya sendiri tak tahu. Saya juga tak mahu menyentuh isu orang lain kalau kita sendiri tak tahu kebenaran sebenar. Jadi saya tidak menidakkan ataupun mengiyakan,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang netizen mendakwa drama tersebut diinspirasikan daripada kisah Da’i Syed yang kini menjalani hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang wanita dalam kejadian tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, Erma turut berkongsi bahawa idea menghasilkan drama tersebut tercetus baru-baru ini dan proses penggambaran berjalan lancar sekitar Februari lalu.

“Alhamdulillah, drama ini menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia. Saya berharap selepas ini akan ada lebih banyak lagi projek kerjasama seperti ini antara dua negara,” katanya.

Beliau turut mengimbau kerjasama seni Malaysia–Indonesia yang pernah popular suatu ketika dahulu menerusi filem Gadis Hitam Putih.

Mengulas mengenai keputusannya kembali mengarah selepas hampir sedekad berehat, Erma berkata, ia berlaku secara tidak dirancang selepas dua pengarah yang dipilih sebelum ini tidak dapat meneruskan projek tersebut.

“Pada mulanya saya minta Pali Yahya arahkan projek ini, tetapi dia masih belum habis penggambaran projek lain. Pengarah kedua pula, Raja Mukhriz, ketika itu ibunya sedang nazak di hospital.

“Bila kedua-duanya tidak dapat, saya terpaksa turun sendiri. Lagipun saya akan mengarah filem selepas raya nanti, jadi projek ini seperti pemanas badan,” katanya.

Selepas hampir 10 tahun tidak mengarah sepenuhnya, Erma kembali ke set dengan Jangan Panggil Aku Gus, yang disifatkannya sebagai antara karya paling berani dalam perjalanan seninya.

Drama tersebut menampilkan gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Bara Valentino, Lukman Sardi, Elina Joerg, Bima Samudera, Anna Jobling, Puteri Sarah Liyana, Umie Aida dan Vanida Imran.

Projek rentas negara ini bakal ditayangkan secara rasmi di aplikasi Karya Reels bermula 5 Mac. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 80

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 86

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 85

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.