Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat Bertunang
Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab apabila pasangan tersebut selamat mengikat tali pertunangan pada hari ini (Sabtu).
Majlis pertunangan yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Bella, yang juga seorang penyanyi, tampil anggun mengenakan busana berwarna sage green hasil rekaan Atelia Amani.
Dalam majlis tersebut, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.
Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Nabil Ahmad, Nora Danish, Betty Rahmad, Ellie Suriaty, Tya Ariffin, Nur Fazura dan Que Haidar.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di Instagram, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, berkongsi detik-detik ketika beliau melamar bakal tunangnya itu.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan tersebut dijangka mengadakan majlis pertunangan pada petang Sabtu di Lembah Klang, manakala majlis perkahwinan mereka dijangka berlangsung beberapa bulan akan datang.
Sumber: Astro Gempak