Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. JAKIM teliti dakwaan ritual pemujaan dalam Konsert The Weeknd
 JAKIM teliti dakwaan ritual pemujaan dalam Konsert The Weeknd
Semasa

JAKIM teliti dakwaan ritual pemujaan dalam Konsert The Weeknd

by VOKALIS 09/11/2026 17

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat dakwaan persembahan konsert The Weeknd di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu mengandungi unsur bercanggah akidah Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan berkata, pihaknya sedang berhubung  dengan Urus Setia Garis Panduan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan serta pematuhan syarat persembahan.

Menurut beliau, Islam secara tegas melarang sebarang bentuk unsur pemujaan selain Allah SWT.

“Semua pihak perlu memastikan agar persembahan seni tidak menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah, akhlak dan sensitiviti agama di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau turut menegaskan tindakan tegas berlandaskan undang-undang dan fakta sahih akan diambil bagi memastikan setiap persembahan artis, sama ada dalam mahupun luar negara, sentiasa memelihara sensitiviti agama, budaya serta ketenteraman awam.

Kenyataan itu dilihat sebagai penegasan bahawa aspek pematuhan garis panduan dan sensitiviti masyarakat perlu diberikan perhatian dalam penganjuran persembahan hiburan di negara ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Netizen pelik, isu asal ayam disembelih selepas

by VOKALIS 10/11/2026 15

Isu dakwaan ayam disembelih selepas mati yang tular dan kecoh  diperkatakan di media sosial

Semasa

Tabung Haji tidak iktiraf pengendali perkhidmatan badal

by VOKALIS 09/11/2026 16

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menegaskan tidak pernah memberikan pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana

Semasa

Dakwaan Ritual Pemujaan Dalam konsert The Weeknd:

by VOKALIS 09/11/2026 27

Isu ‘patung gergasi’ atau bersaiz besar yang menjadi sebahagian daripada konsep persembahan penyanyi antarabangsa,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.