Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Anwar bidas pihak guna agama, percaya rakyat Melaka mampu menilai
 Anwar bidas pihak guna agama, percaya rakyat Melaka mampu menilai
Semasa

Anwar bidas pihak guna agama, percaya rakyat Melaka mampu menilai

by VOKALIS 13/11/2026 44

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa seruan penyatuan ummah yang dilaungkan pihak tertentu sejak kebelakangan ini digunakan untuk menunggang agama demi mempertahankan kepimpinan yang disifatkannya sebagai bobrok.

Beliau berkata, rakyat perlu menilai antara perjuangan yang benar-benar berteraskan khidmat kepada masyarakat dengan pihak yang hanya menggunakan retorik agama dan kaum untuk meraih sokongan politik.

Menurutnya, perkara itu terserlah ketika beliau mengakhiri kunjungan ke Melaka di Alor Gajah semalam bagi memberikan sokongan kepada tiga calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon berkenaan ialah Datuk Ginie Lim Siew Lin di Machap Jaya, Khuzairie Kamal di Rembia dan P Denesh di Asahan.

” HARAPAN menawarkan politik khidmat kepada masyarakat. Kita menolak hasutan perkauman yang menyemai kebencian sesama rakyat.

“Sejak beberapa hari ini, terserlah wajah sebenar seruan penyatuan ummah yang digunakan untuk menunggang agama bagi mempertahankan pimpinan bobrok serta sistem usang yang telah merosakkan sendi-sendi negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, negara kini terpaksa menanggung beban kewangan berbilion ringgit setiap tahun susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta masalah membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Tabung Haji.

Dakwanya, perkara itu berlaku ketika pihak terbabit sebelum ini lantang melaungkan retorik kononnya memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan HARAPAN sedang berusaha memulihkan negara selain memastikan hasil negara dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan dan peruntukan.

“RM40 bilion setahun diperuntukkan untuk subsidi bahan api agar harga minyak kekal antara terendah di dunia, RM16 bilion untuk STR dan SARA, dan RM18 bilion untuk menaikkan gaji penjawat awam,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar yakin rakyat Melaka mampu membuat penilaian terhadap pihak yang benar-benar ikhlas berkhidmat berbanding mereka yang didakwa mahu mendapatkan kuasa demi kepentingan diri.

“Saya percaya rakyat Melaka mampu menilai antara kaca dengan permata, antara yang mengkhianati amanah dengan yang menjaganya.

“Rakyat tahu siapa yang mahu berkuasa untuk mengkayakan diri dan siapa yang ikhlas berkhidmat untuk mereka,” katanya. – THE VOKAL 

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Selepas pembedahan tujuh jam, anggota polis ditetak

by VOKALIS 13/11/2026 58

Anggota polis, Lans Koperal Thierry Rodger Fendy, 26, yang putus pergelangan tangan kanan akibat

Semasa

Saifuddin, KPN ziarah anggota polis putus pergelangan

by VOKALIS 13/11/2026 10

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Polis Negara (KPN), Tan Sri

Selebriti Semasa

by VOKALIS 13/11/2026 7

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Polis Negara (KPN), Tan Sri

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.