Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘PAS mahu kemenangan Melaka diisi agenda kebajikan’ – Hadi Awang
 ‘PAS mahu kemenangan Melaka diisi agenda kebajikan’ – Hadi Awang
Semasa

‘PAS mahu kemenangan Melaka diisi agenda kebajikan’ – Hadi Awang

by VOKALIS 15/11/2026 6

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai mesej bermakna terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah serta harapan untuk melihat sebuah pentadbiran yang adil dan berkebajikan.

Beliau berkata, mandat yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu diterima dengan penuh kesyukuran serta disusuli tanggungjawab besar untuk memenuhi harapan rakyat.

“Keputusan pilihan raya ini membawa mesej yang cukup bermakna, khususnya terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah, di samping harapan rakyat untuk melihat sebuah pentadbiran yang adil, berkebajikan dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk,” katanya dalam kenyataan media sempena PRN Melaka. 

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, PAS menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada parti itu.

Menurutnya, keutamaan PAS adalah memastikan kemenangan berkenaan diisi dengan agenda yang mengutamakan kebajikan, integriti dan keadilan kepada semua lapisan masyarakat.

“Keutamaan PAS adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang memberikan mandat dan kepercayaan kepada PN serta BN dalam pilihan raya berkenaan.

“Alhamdulillah, saya menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT serta merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan PN dan BN, calon, petugas serta jentera parti yang bekerja keras sepanjang tempoh kempen.

Beliau menyifatkan kesungguhan, pengorbanan dan semangat kebersamaan semua pihak sebagai antara perkara yang wajar dihargai dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

Mengakhiri kenyataannya, Abdul Hadi berharap kemenangan itu mendapat keberkatan Allah SWT dan setiap pemimpin yang diberikan amanah mampu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan.

“Semoga Allah SWT memberkati kemenangan ini, memandu setiap langkah kepimpinan yang diberikan amanah, serta mengurniakan kekuatan untuk berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab,” katanya.

Beliau turut mengulangi seruan PAS menerusi slogan ‘Kembali Kepada Penyelesaian Islam’ sebagai mesej perjuangan parti itu. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Filipina juara Eurovision Asia 2026, Aina Abdul

by VOKALIS 15/11/2026 6

PERSEMBAHAN memukau Aina Abdul di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 membuktikan kemampuan luar

Semasa

PRN Melaka: BN-PN kuasai 24 kerusi, PH

by VOKALIS 15/11/2026 8

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) muncul sebagai gabungan

Semasa

BN-PN capai kata sepakat, Ab Rauf kekal

by VOKALIS 14/11/2026 10

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencapai persetujuan untuk mengekalkan Datuk Seri Ab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.