Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Filipina juara Eurovision Asia 2026, Aina Abdul tetap kebanggaan Malaysia
 Filipina juara Eurovision Asia 2026, Aina Abdul tetap kebanggaan Malaysia
Selebriti

Filipina juara Eurovision Asia 2026, Aina Abdul tetap kebanggaan Malaysia

by VOKALIS 15/11/2026 4

PERSEMBAHAN memukau Aina Abdul di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 membuktikan kemampuan luar biasa apabila berjaya menduduki tempat keempat pada Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand, malam Sabtu.

Mewakili Malaysia menerusi lagu Bluest Sky, Aina berjaya mengumpul keseluruhan 152 mata hasil gabungan 82 mata daripada juri dan 70 mata undian penonton.

Lebih membanggakan, persembahan Aina turut mendapat pengiktirafan juri apabila menerima markah tertinggi 12 mata daripada Filipina dan Mongolia.

Dia turut memperoleh 10 mata masing-masing daripada Laos dan Thailand, selain lapan mata daripada Korea Selatan dan Kemboja.

Pencapaian itu membuktikan persembahan Aina berjaya meninggalkan kesan kepada juri antarabangsa, sekali gus mengangkat nama Malaysia dalam pertandingan sulung yang menghimpunkan 11 wakil negara Asia itu.

Terdahulu, Aina menutup saingan menerusi persembahan pada giliran ke-11 dengan mempertaruhkan lagu Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama Mac Chew.

Sementara itu, penyanyi dari Filipina, Carmelle dinobatkan sebagai juara selepas mengumpul 211 mata, manakala tuan rumah, Thailand menduduki tempat kedua dengan 170 mata.

Selain Malaysia, pertandingan itu turut disertai wakil Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.

Walaupun berada di kedudukan keempat, pencapaian Aina membawa satu lagi kebanggaan buat industri muzik tempatan apabila bakat dan karya anak Malaysia mendapat perhatian di pentas antarabangsa. – THE VOKALĀ 

 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

PRN Melaka: BN-PN kuasai 24 kerusi, PH

by VOKALIS 15/11/2026 8

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) muncul sebagai gabungan

Semasa

BN-PN capai kata sepakat, Ab Rauf kekal

by VOKALIS 14/11/2026 7

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencapai persetujuan untuk mengekalkan Datuk Seri Ab

Semasa

[TIDAK RASMI] Calon PN atasi SUPOL PM

by VOKALIS 14/11/2026 9

Calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad mendahului saingan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.