BN-PN capai kata sepakat, Ab Rauf kekal Ketua Menteri Melaka
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencapai persetujuan untuk mengekalkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka selepas kedua-dua gabungan itu memperoleh 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan berkenaan dicapai hasil persetujuan bersama antara kedua-dua gabungan.
Beliau berkata, watikah pencalonan Ab Rauf akan diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka malam ini bagi membolehkan proses pelantikan Ketua Menteri dilaksanakan.
Keputusan itu menyaksikan Ab Rauf bakal meneruskan kepimpinan kerajaan negeri Melaka susulan keputusan PRN yang menyaksikan BN dan PN memperoleh jumlah keseluruhan 24 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. – THE VOKALĀ