Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘Jangan tunggu air naik baru bertindak’… KPKT ingatkan risiko Monsun Timur Laut
 ‘Jangan tunggu air naik baru bertindak’… KPKT ingatkan risiko Monsun Timur Laut
Semasa

‘Jangan tunggu air naik baru bertindak’… KPKT ingatkan risiko Monsun Timur Laut

by VOKALIS 19/11/2026 31

ORANG ramai diminta tidak mengambil mudah perubahan cuaca sepanjang Monsun Timur Laut, sebaliknya perlu lebih peka terhadap risiko banjir, tanah runtuh dan kejadian kepala air yang boleh berlaku susulan hujan lebat berterusan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi perkongsian di Facebook mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutama ketika cuaca tidak menentu.

Antara langkah utama yang perlu diberi perhatian ialah menjauhi kawasan cerun dan lereng bukit yang berisiko berlaku tanah runtuh, selain mengelakkan kawasan perairan termasuk laut, sungai, tasik dan kolam.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak berada berhampiran tebing sungai atau kawasan rendah yang berisiko dinaiki air, khususnya ketika hujan lebat berterusan.

Selain itu, arahan pihak berkuasa perlu dipatuhi tanpa berlengah, termasuk berpindah segera ke lokasi lebih selamat sekiranya diarahkan.

Pemantauan ramalan cuaca dan amaran rasmi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) juga penting bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat terkini mengenai keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

“Pastikankeselamatan diri dan keluarga sentiasa menjadi keutamaan.Jangan mengambil risiko,” demikian peringatan KPKT kepada orang ramai.

Kewaspadaan dan tindakan pantas amat penting dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana, terutama apabila keadaan cuaca menunjukkan tanda-tanda berbahaya.

Justeru, orang ramai diseru supaya sentiasa bersedia, tidak mengabaikan amaran awal dan mengutamakan keselamatan berbanding sebarang urusan lain. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Polis beri amaran jangan buat spekulasi kes

by VOKALIS 19/11/2026 31

ORANG ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berbalas tembakan antara polis dan

Semasa

‘Tiada kata mampu gambarkan kesedihan keluarga mangsa’…

by VOKALIS 19/11/2026 39

“TIADA kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang sedang ditanggung keluarga mangsa.” Demikian luahan Menteri

Selebriti

Cinta terlarang bapa saudara, anak saudara jadi

by VOKALIS 18/11/2026 15

Hubungan kekeluargaan yang bertukar menjadi dilema perasaan menjadi taruhan drama terbaharu Viu Original, Wali

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.