Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Aali Mateen Hero Baru Ayda Jebat – Ambil Masa Pilih Nama Anak lelaki 
 Aali Mateen Hero Baru Ayda Jebat – Ambil Masa Pilih Nama Anak lelaki 
Selebriti Semasa

Aali Mateen Hero Baru Ayda Jebat – Ambil Masa Pilih Nama Anak lelaki 

by VOKALIS 19/12/2023 814

Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir sepakat memilih Aali Mateen sebagai nama bagi bayi lelaki mereka. 

Ayda mengumumkan nama cahaya mata lelakinya yang dilahirkan pada 12 Disember menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. 

Ayda berkata, dia dan suaminya, Nabil Mahir mengambil waktu yang lama untuk memilih nama itu.

“Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil.

“Lama juga memikirkan nama anak lelaki kami ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyayangi ibu dan ayahmu. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua,” tulisnya.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Ayda hanya berkongsi wajah comel Aali di bahagian hidung dan mulut untuk tatapan peminatnya. 

Malah Ayda juga sudah mencipta akaun peribadi Aali yang kini sudah memiliki hampir 1,000 pengikut.

Perkongsian penyanyi lagu Pencuri Hati itu mendapat lebih 20,000 tanda suka dan hampir 200 komen ketika berita ini ditulis. 

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 90

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 96

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 101

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.