Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ada Daerah Jogjakarta Sudah Raya – Awal Empat Hari Dari Tarikh Jangkaan
 Ada Daerah Jogjakarta Sudah Raya – Awal Empat Hari Dari Tarikh Jangkaan
Semasa

Ada Daerah Jogjakarta Sudah Raya – Awal Empat Hari Dari Tarikh Jangkaan

by VOKALIS 05/04/2024 502

Di saat umat Islam lain teruja untuk menyambut Syawal yang dijangka jatuh pada Rabu depan, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Jogjakarta menyambut lebaran 1 Syawal pada hari ini.

Lapor akhbar Detiknews semalam, jemaah Masjid Aolia akan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat.

Pelaksanaan ibadah tersebut bertempat di rumah imam masjid Aolia, di Kabupaten Gunungkidul.

“Esok (hari ini) jemaah masjid Aolia akan menunaikan solat sunat hari raya,” kata menantu Mbah Benu, Daud, ketika dihubungi wartawan semalam.

Daud berkata, solat sunat itu akan diimamkan oleh KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dipanggil Mbah Benu dan tiada takbir dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Tiada aktiviti (takbir),” katanya.

Sebelum ini, jemaah masjid Aolia mula berpuasa pada hari Khamis, 7 Mac 2024.

“Kementerian Agama meminta penjelasan Mbah Ibnu mengapa beliau memulakan tarawih malam tadi. Kami berjumpa dan (Ibnu) menjelaskan bahawa ia berdasarkan kepercayaan beliau,” kata Ketua Jabatan Agama Islam itu kepada detikJogja pada 7 Mac lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 27

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 19

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 274

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.