Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Putri Ariani Mendunia – 21 Juta Tonton Kolaborasi Dengan Alan Walker
 Putri Ariani Mendunia – 21 Juta Tonton Kolaborasi Dengan Alan Walker
Selebriti

Putri Ariani Mendunia – 21 Juta Tonton Kolaborasi Dengan Alan Walker

by VOKALIS 05/04/2024 664

Klip YouTube lagu Who I Am kolaborasi Putri Ariani bersama Alan Walker dan Peder Elias terus mendapat pujian dan tontonan mencecah 21 juta orang.

Lebih menarik klip video berlatarkan kawasan pergunungan salji dengan barisan pemuzik itu luar biasa dan menampilkan Putri sebaris bintang antarabangsa lain.

Selepas menarik perhatian dunia pada pertandingan America’s Got Talent, penyanyi Indonesia ini terus mendunia dengan bakatnya dihargai dan diterima ramai.

Putri, 17, sebelum ini pernah berkongsi mengenai berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya.

“Saat pertama kali saya mendengar lagu ini, saya merasa ia benar-benar mewakili saya. Saya sangat bersyukur kerana Alan Walker memilih saya untuk menyanyikan lagu ini bersama Peder Elias,” tulis Putri di laman Instagram miliknya semalam.

Putri yang mengalami masalah penglihatan itu berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada lagu yang mewakili diri dan perasaannya.

Malah perkongsiannya itu turut mendapat respon positif netizen dan rakan selebriti seperti Rossa, Cakra Khan dan rakan duetnya sendiri Peder Elias.

“Teruskan bersinar Putri,” tulis Cakra Khan.

“Tahniah Putri Sayang, berbangga dengan awak,” tulis Rossa pula.

“Putri, suara awak begitu indah,” tulis Peder Elias. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 156

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 173

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 166

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.