THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. AFC Sahkan Faisal Halim Terbaik – Goal Of The Tournament
 AFC Sahkan Faisal Halim Terbaik – Goal Of The Tournament
Semasa Stadium

AFC Sahkan Faisal Halim Terbaik – Goal Of The Tournament

by VOKALIS 27/02/2024 321

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akhirnya mengumumkan secara rasmi jaringan memukau tonggak lincah negara, Faisal Halim sebagai ‘Goal Of The Tournament’ Piala Asia 2023 menerusi undian penyokong.

Pengumuman itu dibuat AFC di laman sosial badan induk bola sepak Asia itu malam tadi.

Menerusi pengesahan itu, Faisal menjadi pemain pertama dari Malaysia memenangi anugerah itu di pertandingan Piala Asia.

Malah, gol yang dijaringkan ketika menentang Korea Selatan itu berjaya mengenepikan 132 gol lain sepanjang kejohanan yang berlangsung di bumi Qatar, bulan lalu.

Kemenangan pemain kelahiran Pulau Pinang itu diraih menerusi undian awam yang menyaksikan Faisal meraih 85% undian untuk meninggalkan tujuh pesaing lain.

Gol yang disumbangkan Faisal atau lebih mesra dipanggil ‘Mickey’ dihasilkan ketika mengikat skuad Taegeuk Warriors 3-3 dalam aksi terakhir kumpulan, di mana dia bijak memperdaya pertahanan lawan sebelum melakukan sungkitan cantik menewaskan penjaga gol, Jo Hyeon Woo.

Peratusan itu jauh meninggalkan pencabar terdekat, Mousa Al Tamari dari Jordan yang sekadar menerima sembilan peratus undian sementara tempat ketiga menjadi milik pemain Korea Selatan, Son Heung Min dengan tiga peratus.

Menariknya, ketiga-tiga jaringan terbaik yang menjadi pilihan penyokong itu hadir daripada pasukan yang berentap dalam kumpulan sama – Kumpulan E.

Selain Faisal, Al Tamari dan Heung Min, lima lagi pemain turut tercalon untuk anugerah terbabit – Keito Nakamura (Jepun), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi), Hassan Al Haydos (Qatar), Supachok Sarachat (Thailand) dan Sardar Azmoun (Iran). – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.