Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Akui Hidap Kanser – Azharina Pilih Terus Positif Dan Bahagia
 Akui Hidap Kanser – Azharina Pilih Terus Positif Dan Bahagia
Selebriti Semasa

Akui Hidap Kanser – Azharina Pilih Terus Positif Dan Bahagia

by VOKALIS 26/06/2024 247

Meskipun mengakui dirinya didiagnos menghidapi penyakit kanser, penyanyi Azharina Azhar memilih untuk terus positif dan bahagia meneruskan hidup.

Pelantun lagu Sekian Terima Kasih itu berkata dia masih belum dapat berkongsi jenis kanser dihidapi.

Azharina yang ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Realiti duet bersama Kozae, berkata dia sedang menunggu keputusan laporan kesihatannya yang bakal keluar dalam tempoh dua minggu lagi.

Menurut Azharina lagi, dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar namum memilih untuk menangguhkannya bagi menyermpurnakan beberapa tugasan yang belum selesai.

“Saya di diagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi.

“Sepatutnya saya menjalani pembedahan pada minggu hadapan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan,” katanya.

Dalam pada itu Azharina turut mendedahkan dia juga menghidap penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu.

Katanya lagi, kedua-dua penyakit dihidapi memang menganggu aktiviti harian dan emosinya tetapi Azharina memilih untuk berfikiran positif.

Katanya, jika di dalam kesakitan dia akan melepas perasaan sebelum kembali bangkit.

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan. Saya juga memilih untuk terus positif dan bahagia,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.- THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Bapa Meninggal Dunia – Azharina Azhar Bergegas

by VOKALIS 18/07/2024 194

Bapa kepa penyanyi Azharina Azhar, Azhar M.Y Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 1.59 petang

Selebriti Semasa Sensasi

Video Nyanyi La Bamba Tular, Azharina Mahu

by VOKALIS 05/12/2023 278

Pemilik vokal lantang, Azharina Azhar tegaskan tidak akan beri muka kepada individu yang cuba

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.