Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Altimet Tawar Bayar Denda Selangor FC
 Altimet Tawar Bayar Denda Selangor FC
Semasa

Altimet Tawar Bayar Denda Selangor FC

by The Vokal 26/06/2024 517

SHAH ALAM, 25 JUN: Penyanyi dan komposer Altimet menawarkan untuk menyumbang separuh kutipan royalti harta inteleknya tahun ini bagi membantu membayar denda skuad Selangor FC (SFC) susulan penarikan diri pasukan pada perlawanan Piala Sumbangsih, 10 Mei lepas.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang juga Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Selangor berkata beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.

“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bayar denda ini jika SFC sudi,” katanya ringkas di laman X rasmi miliknya dengan menyertakan pautan berita berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Skuad Gergasi Merah itu.

Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan SFC didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025 susulan ketidakhadiran mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Skuad Merah Kuning itu juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak.

Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga akan dimainkan tanpa penonton.

Selangor dilaporkan terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih susulan insiden bintangnya Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.

Sumber: Selangor Kini

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 12

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 12

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 222

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.