Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Alyah Tarik Diri – Bakal Tunai Haji
 Alyah Tarik Diri – Bakal Tunai Haji
Selebriti

Alyah Tarik Diri – Bakal Tunai Haji

by VOKALIS 20/05/2024 244

Peserta The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada program berkenaan.

Keputusan itu dibuat atas faktor mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji pada 12 Jun ini.

“Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterus mendapat haji yang mabrur.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.
“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” katanya.

Selain Alyah, peserta lain yang turut bertanding adalah Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, Stacy dan Ayda Jebat.

Program tersebut diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Cheras.

The Hardest Singing Show adalah sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.

Program The Hardest Singing Show yang berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’ bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 273

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 422

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 285

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.