THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Stadium
  3. Arsenal Buru Kejuaraan – Isyarat Kuasai EPL
 Arsenal Buru Kejuaraan – Isyarat Kuasai EPL
Stadium

Arsenal Buru Kejuaraan – Isyarat Kuasai EPL

by VOKALIS 06/03/2024 175

Kejayaan membenam Sheffield United 6-0 dalam aksi awal pagi semalam menjadi isyarat Arsenal serius meneruskan usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

The Gunners menepati ramalan apabila menguasai permainan seawal minit pertama, malah mereka mendahului dengan tiga gol dalam tempoh 13 minit menerusi Martin Odegaard, jaringan sendiri, Jayden Bogle dan Gabriel Martinelli.

Arsenal kemudian menambah dua lagi gol menerusi Kai Havertz dan Declan Rice sebelum babak pertama berakhir dan Ben White menutup malam cemerlang mereka menerusi gol pada minit ke-58.

“Ia malam yang hebat. Cara kami bermula agak berbeza, kami sangat agresif dan positif selain berjaya mempamerkan kualiti terutama di bahagian terakhir kawasan lawan sekali gus memberikan kami kelebihan.

“Kemudian kami mengekalkan rentak, kekal menunjukkan keinginan besar kami memburu kemenangan dan jaringan. Inilah antara perkara yang saya sangat suka mengenai pasukan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Arteta memberi amaran kepada para pemainnya bahawa mereka tidak mampu untuk keciciran sebarang mata pada peringkat ini sekiranya mahu memburu kejuaraan EPL selepas gagal melakukannya pada musim lalu.

“Ia isyarat yang baik apabila kami menjaringkan banyak gol dan tanpa bolos, tetapi kami perlu menang semua perlawanan bermula sekarang sehingga penghujung musim.

“Itu adalah cara dilakukan oleh dua pasukan di atas kami (Liverpool dan Manchester City) yang mereka amalkan sejak beberapa musim lalu dan kami perlu juga melakukannya sekarang,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.