Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Aswad Jalil ‘Solo Ride’ Balik Raya – Penyampai Gegar Guna RM40 Isi Minyak
 Aswad Jalil ‘Solo Ride’ Balik Raya – Penyampai Gegar Guna RM40 Isi Minyak
Selebriti Semasa

Aswad Jalil ‘Solo Ride’ Balik Raya – Penyampai Gegar Guna RM40 Isi Minyak

by VOKALIS 09/04/2024 487

Bagi kampung ada gaya. Itu pilihan penyampai radio dan pengacara Aswad Jalil yang memilih untuk menaiki motosikal pulang ke kampung sempena Syawal.

Dia berkongsi, hanya menggunakan RM40 kos untuk mengisi minyak bagi perjalanannya dari Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Marang, Terengganu.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya selamat sampai. Patutnya dalam rnam jam tapi saya berhenti beberapa kali untuk berehat.

“Saya juga berhenti isi minyak selain hujan di beberapa kawasan,” kongsinya kepada The Vokal.

Tambah Aswad dia memilih untuk ‘solo ride’ untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas selain berjimat cermat dengan keadaan ekonomi semasa.

“Yang penting saya pastikan semua persiapan termasuk motor baru lepas servis, baru tukar tayar dan beberapa accessories pun ada baru beli online.

“Kiranya kita pastikan semua dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan perjalanan,” kata penyampai segmen malam stesen radio Gegar itu.

Ditanya mengenai barang seperti baju untuk dibawa pulang, Aswad berkata ia tidak menjadi masalah buatnya.

“Balik tak lama. Baju dah ada kat kampung. Baju Melayu (baju raya) tahun ni mak jahitkan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

by thevokal 11/11/2025 33

PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 47

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 62

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.