
Ayah Rindu Rafizi – Lelaki Mengaku Bapa Tiri Menteri Ekonomi
Seorang lelaki hari ini muncul di pejabat Menteri Eknomi, Rafizi Ramli dan mengakui dirinya bapa tiri yang merindui anaknya itu.
Rafizi sendiri berkongsi kejadian mengejutkan itu apabila secara tiba-tiba seorang lelaki hadir ke pejabatnya dan mengaku sebagai bapa tiri.
Katanya, lelaki berkenaan turut meluahkan rasa rindu disebabkan sudah lama tidak berjumpa dengannya.
“Hari ini ada orang datang ke pejabat untuk jumpa saya. Tak ada temu janji apa-apa, hanya muncul.

“Dia mengaku dia ayah tiri saya, dah lama tak jumpa dan rindu. Nasib baik pegawai-pegawai tak kena ‘scam’, selamba sahaja ‘claim’ (mengaku) mak saya kahwin lain,” katanya dalam hantaran di laman X.

Netizen turut bergurau mengatakan individu misteri terbabit sememangnya peminat setia Rafizi sehingga sanggup berlakon menjadi ayah tiri semata-mata dapat bersua muka.
“Peminat Menteri Ekonomi kita rasanya. Tak puas tengok dalam televisyen sahaja sebelum ini. Tak pun, memang orang tu berkenan dengan mak YB, terus mengaku bapa tiri,” kata Iwan. – THE VOKAL