Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bagi Peluang dan Ruang – Polis Sedang Proses Bukti Kes Bunuh Zayn Rayyan 
 Bagi Peluang dan Ruang – Polis Sedang Proses Bukti Kes Bunuh Zayn Rayyan 
Semasa

Bagi Peluang dan Ruang – Polis Sedang Proses Bukti Kes Bunuh Zayn Rayyan 

by VOKALIS 20/12/2023 718

Polis sedang giat meneruskan siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan, 6, yang menggemparkan seluruh negara dalam kejadian awal bulan ini. 

Masih belum menjejaki suspek, polis memerlukan ruang bagi menjalankan siasatan terperinci kes berkenaan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan meliputi semua sudut dan pasukan penyiasat memerlukan masa untuk memproses semua bukti.

“Bagi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kematian Zayn Rayyan.

“Siasatan kita menyeluruh (meliputi) kawasan berdekatan, tempat kejadian, di rumah dan ia menjurus kepada siasatan yang sangat terperinci.

“Polis memang mengambil berat perkara ini dan siasatan masih lagi berjalan,” katanya. 

Memetik laporan Astro Awani, Razarudin berkata setakat ini polis melakukan pemeriksaan rumah ke rumah melibatkan 280 unit.

Sepanjang pemeriksaan tersebut, beliau menambah pasukan siasatan belum menemui ‘kunci’ yang menjurus kepada individu yang bertanggungjawab.

“Laporan juga kita dapatkan daripada (hasil) DNA, dan ramai saksi yang kita telah ambil keterangan,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Razarudin berkata, polis juga sedang menyiasat sama ada pelaku ialah individu yang tinggal di kawasan tersebut, ataupun orang luar.

Siasatan membabitkan kematian Zayn Rayyan, 6, kini memasuki hari ke-12 dengan tumpuan pihak polis adalah untuk mengumpul bukti baharu bagi mengesan penjenayah.

Sehingga kini, polis telah mengambil keterangan 172 individu termasuk ibu bapa kanak-kanak malang itu, saksi, jiran serta penduduk sekitar.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu dan polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada 6 Disember. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 86

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 27

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 38

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.