Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. BAM Sasar Malaysia Automatik Layak – Piala Thomas Dan Uber 2024
 BAM Sasar Malaysia Automatik Layak – Piala Thomas Dan Uber 2024
Semasa Stadium

BAM Sasar Malaysia Automatik Layak – Piala Thomas Dan Uber 2024

by VOKALIS 18/01/2024 667

Skuad badminton negara menggalas misi besar pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 bulan depan.

Misi itu penting kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran ke separuh akhir agar layak secara automatik ke Piala Thomas dan Piala Uber 2024.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh yakin barisan kejurulatihan diketuai Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky untuk membentuk pasukan terbaik menghadapi BATC 2024 di Pusat Konvensyen Setia City dari 13 hingga 18 Februari ini.

“Setakat ini mungkin barisan kejurulatihan masih memerlukan masa, jadi kami menunggu senarai pemain negara sebab tarikh akhir 26 Januari ini untuk membuat pendaftaran.

Datuk Kenny Goh

“Kami sasarkan sekurang-kurangnya layak ke kelompok empat terbaik. Saya percaya pa­sukan akan lihatnya sebagai satu proses,” katanya selepas majlis pelancaran BATC 2024 hari ini.

Saingan berpasukan lelaki bakal menyaksikan penyertaan Malaysia, China, Jepun, Indonesia, India, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Singapura, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Kazakhstan, Arab Saudi, Myanmar dan Brunei.

Kategori wanita pula menampilkan juara bertahan Indonesia, China, Jepun, Thailand, Taiwan, India, Malaysia, Hong Kong, Singapura, UAE dan Kazakhstan.

Pada edisi 2022, Malaysia menjuarai berpasukan lelaki, manakala skuad wanita negara berkongsi tempat ketiga dan keempat dengan Jepun. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 23

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 35

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.