Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bapa Bertarung Buaya – Demi Selamatkan Anak
 Bapa Bertarung Buaya – Demi Selamatkan Anak
Semasa

Bapa Bertarung Buaya – Demi Selamatkan Anak

by VOKALIS 12/04/2024 528

Kasih seorang bapa hingga sanggup bertarung nyawa. Demikian kisahnya apabila seorang bapa di Indonesia sanggup terjun ke dalam sebatang sungai untuk menyelamatkan anaknya yang diseret seekor buaya, lapor portal berita TribunJateng.com hari ini.

Buaya itu menerkam seorang pemuda berusia 19 tahun yang sedang mandi dalam kejadian di Kampung Kelumpang, Daerah Indragiri, wilayah Riau kelmarin.

Gambar hiasan

Ketua polis tempatan, Budi Setiawan mengesahkan kejadian itu berlaku sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan). Katanya, mangsa mengalami luka akibat digigit buaya.

Budi berkata, reptilia itu menerkam tangan mangsa dan menariknya ke dalam sungai, menyebabkan dia menjerit meminta tolong.

“Bapa mangsa yang mendengar jeritan anaknya, terjun ke dalam sungai dan memukul kepala buaya itu.

Dua jiran datang membantu dan mereka bertiga memukul kepala haiwan itu berulang kali.

“Buaya itu akhirnya melepaskan gigitannya (ke atas mangsa) dan beredar,” kata Budi.

Mangsa dihantar ke Hospital Awam Tembilahan untuk mendapatkan rawatan perubatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 26

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 44

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 71

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.