Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Aliran Trafik Mula Sibuk – Lipis Ke Raub Sesak
 Aliran Trafik Mula Sibuk – Lipis Ke Raub Sesak
Semasa

Aliran Trafik Mula Sibuk – Lipis Ke Raub Sesak

by VOKALIS 12/04/2024 598

Aliran trafik dari Lipis menghala ke Raub kembali sesak dengan kenderaan ekoran perantau dari Kelantan yang pulang ke ibu negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan mendapati laluan mulai sibuk dari Pekan Dong di sini menghala ke Kampung Sempalit sejauh kira-kira 13 kilometer, bagaimanapun aliran trafik kembali lancar di susur masuk ke Lingkaran Tengah Utama (LTU) Bypass Raub.

Memetik laporan Kosmo, seorang pengguna jalan raya, Aiman Syakir Ahmad, 40, berkata, dia dan keluarga memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan kira-kira 7 pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Bagi Khairul Fazly Hamidon, 37, dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk pulang lebih awal pada hari ini kerana akan mula bekerja pada hari esok.

” Saya ingat hari ini jalan kurang sesak tetapi sangkaan saya meleset kerana orang ramai telah memulakan perjalanan sejak awal pagi,” katanya di sini, hari ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Lima kluster pacu pembangunan KL 2027, perumahan

by VOKALIS 26/11/2026 32

PEMBANGUNAN perumahan awam, persekitaran hijau, keselamatan infrastruktur dan pendigitalan antara lima keutamaan Dewan Bandaraya

Semasa

Kecoh isu lampu jalan gelap, PPj dedah

by VOKALIS 26/11/2026 32

SEBANYAK 28,400 daripada keseluruhan 28,430 aset lampu awam di bawah penyelenggaraan Perbadanan Putrajaya (PPj)

Selebriti

Limp Bizkit gegar Malaysia, Kuala Lumpur satu-satunya

by VOKALIS 26/11/2026 28

MALAYSIA bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock antarabangsa apabila kumpulan nu-metal popular dari Amerika

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.