Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bapa Pengsan – Hilang Tiga Anak dan Isteri Serentak Tragedi Kepala Air
 Bapa Pengsan – Hilang Tiga Anak dan Isteri Serentak Tragedi Kepala Air
Semasa

Bapa Pengsan – Hilang Tiga Anak dan Isteri Serentak Tragedi Kepala Air

by VOKALIS 08/02/2024 548

Bapa kepada tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh, Bidor pengsan beberapa kali sebaik dua mayat anak perempuannya tiba di Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat, pagi tadi.

Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, terpaksa dipapah beberapa ahli keluarga lain dan dibawa ke sudut belakang bangunan Unit Forensik terbabit untuk ditenangkan.

Wajah Azam jelas pucat ketika jenazah isterinya, Aszura Bani, 37, diusung masuk ke dalam van jenazah jam 10.30 pagi.

Kredit: BH Online

Azam yang dipapah ahli keluarga berjalan perlahan ke arah van jenazah untuk menemani isterinya ke Masjid Al-Muhtadin Bidor, terletak kira-kira 18 kilometer dari Hospital Tapah.

Jenazah Allahyarham Aszura selamat dikebumikan jam 12.20 tengah hari tadi.

Jenazah tiga anaknya, Hanum Marissa Azam, 2, Hafif Muhayat Azam, 4, dan Hanna Mikayla Azam, 7, pula dikebumikan di sisi pusara ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor petang tadi.

Semalam, media melaporkan hasrat empat beranak untuk berkelah bertukar tragedi apabila Aszura ditemukan lemas, manakala tiga anaknya hilang.

Kredit: BH Online

Mayat Hafif Muhayat ditemukan penduduk kampung tersangkut di bawah akar pokok tumbang pada jarak 600 meter dari lokasi mereka berkelah, jam 9.50 malam tadi.

Operasi pasukan penyelamat hari ini menemukan mayat Hanum Marissa di Jambatan Kampung Poh pada jarak tiga kilometer dari lokasi kejadian, jam 8.55 pagi.

Selang 10 minit kemudian, mayat terakhir dikenal pasti sebagai Hanna Mikayla ditemui tersangkut di bawah timbunan ranting dan dahan hanyut pada jarak 600 meter dari lokasi kejadian. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

“Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi

by thevokal 03/03/2026 15

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharu

Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 57

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 58

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.