Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bapa Zayn Rayyan Percaya Polis Akan Tangkap Suspek – Harap Keyboard Warrior Henti Spekulasi
 Bapa Zayn Rayyan Percaya Polis Akan Tangkap Suspek – Harap Keyboard Warrior Henti Spekulasi
Semasa

Bapa Zayn Rayyan Percaya Polis Akan Tangkap Suspek – Harap Keyboard Warrior Henti Spekulasi

by VOKALIS 11/01/2024 569

Bapa kepada kanak-kanak autisme mangsa bunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari percaya polis akan menangkap pembunuh anaknya itu.

Dia dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk terus menjalankan siasatan kes bunuh anaknya itu.

“Saya serahkan siasatan kes ini kepada pihak polis dan percaya polis akan menahan pelaku kelak,” katanya.

Pada masa sama, Zaim berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan berterusan melemparkan fitnah atau mengecam ahli keluarganya di media sosial.

“Keyboard warrior (pejuang papan kekunci maya) di media sosial yang melemparkan tuduhan, fitnah dan mengecam kami termasuk arwah anak saya, akan merasai juga kehilangan dianiaya orang tidak berhati perut seperti kes anak saya ini,” katanya.

Zayn Rayyan berusia enam tahun ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, kira-kira jam 10 malam selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Allahyarham Zayn Rayyan

Setakat ini, polis belum menemui petunjuk kukuh bagi mencari pembunuh Zayn Rayyan dengan pelbagai operasi mencari bukti sudah dilakukan di lokasi kejadian dan tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh kanak-kanak berkenaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Sah bercerai… ‘Saya perlu bekerja keras demi

by thevokal 26/12/2025 18

Selepas lima tahun bergelar isteri usahawan A’dale Adham Ayahudin, pelakon Dayana Roza, 34, mengesahkan

Santai Semasa

Kurus cepat macam selebriti Hollywood, Dr Afif

by thevokal 25/12/2025 88

Siapa yang tidak terpesona melihat selebriti Hollywood tampil lebih langsing dalam sekelip mata? Bermula

Selebriti

Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh &

by thevokal 25/12/2025 31

Barisan artis jemputan istimewa iaitu Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh dan Umairah bakal

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.