Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Harapkan Pakcik, Pakcik Pula Kaki Cabul – Lelaki 57 Tahun Raba Anak Saudara
 Harapkan Pakcik, Pakcik Pula Kaki Cabul – Lelaki 57 Tahun Raba Anak Saudara
Semasa

Harapkan Pakcik, Pakcik Pula Kaki Cabul – Lelaki 57 Tahun Raba Anak Saudara

by VOKALIS 11/01/2024 682

Usianya sudah menghampiri ketegori warga emas dan sepatutnya menjadi bapa saudara yang menjadi contoh serta tempat berlindung.

Sebaliknya, seorang lelaki berusia 57 tahun
ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dia didakwa mencabul anak saudaranya yang berusia 20 tahun di daerah Tawau, Sabah.

Kredit: Facebook Polis Daerah Tawau

Suspek ditahan di sebuah rumah tidak bertanda di Kampung Sri Bombalai Laut, Sungai Imam, kira-kira pukul 9 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian didakwa berlaku ketika mangsa berada di dalam biliknya kira-kira pukul 11 malam Isnin.

Kredit: Facebook Polis Daerah Tawau

Katanya, suspek memasuki bilik wanita itu dan memberi amaran kepadanya supaya tidak membuat sebarang bunyi sebelum terus menyentuh bahagian sulitnya.

“Mangsa kemudian menjerit, menyebabkan suspek bergegas keluar daripada biliknya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, wanita itu membuat laporan pada pukul 4.08 petang Selasa.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis mengesan lelaki itu dan menemuinya di rumah tidak bernombor di kampung itu.

Kredit: Facebook Polis Daerah Tawau

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dengan niat untuk mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya.

Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 12

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 13

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

Selebriti

‘Jangan cepat menghukum’ – Dr Afif pertahankan

by thevokal 09/01/2026 26

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.