Pengundi Melaka selesai tunaikan tanggungjawab, SPR rakam penghargaan
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Melaka yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16, hari ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi SPR, setiap undi yang diberikan mencerminkan komitmen rakyat dalam mengamalkan prinsip demokrasi serta memainkan peranan menentukan hala tuju negeri itu.
SPR turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan proses pilihan raya berlangsung dengan lancar, teratur dan aman.
Dalam masa sama, SPR menghargai kerjasama serta sokongan semua pihak sepanjang pelaksanaan proses demokrasi berkenaan.
PRU DUN Melaka Ke-16 berlangsung pada 14 November 2026 (Sabtu), membabitkan rakyat negeri itu yang keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat masing-masing. – THE VOKALĀ