Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Bulan Bintang Himpunkan Selebriti Dan Influencer. Habis Berjuta Ringgit – Lancar Fesyen The Terrrrpaling Raya
 Bulan Bintang Himpunkan Selebriti Dan Influencer. Habis Berjuta Ringgit – Lancar Fesyen The Terrrrpaling Raya
Selebriti Semasa

Bulan Bintang Himpunkan Selebriti Dan Influencer. Habis Berjuta Ringgit – Lancar Fesyen The Terrrrpaling Raya

by VOKALIS 19/02/2024 652

Jenama pakaian yang sentiasa menampilkan kelainan terus mencuri perhatian menerusi pelancaran koleksi Hari Raya dengan menghimpunkan artis dan Influencer dalam majlis baru-baru ini.

Malah, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, 27 berkata sebanyak RM11 juta diperuntukkan bagi kempen The Terrrrpaling Raya Bulan Bintang.

Dia berkata, jenama itu tekad menjadikan 2024 sebagai tahun untuk membalas jasa pelanggan setia yang tidak jemu memberikan sokongan kepada jenamanya sejak sembilan tahun lalu.

“Tahun ini adalah tahun untuk saya membalas jasa kepada mereka yang selama ini menyokong Bulan Bintang. Saya belanjakan RM11 juta dan semuanya diberikan kembali kepada pembeli. Tahun ini kami belanjakan RM6.2 juta dengan memberikan 150,000 sampin percuma bagi setiap pembelian atau mereka boleh memilih baju batik modern fit yang berharga RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini kami berhabis RM1.6 juta.

“Dan setiap pembeli berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya dua buah kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian,” katanya.

Lebih menarik kempen jualan kali ini mendapat kerjasama dari Tiktok Shop sebagai rakan kongsi e-dagang.

Bulan Bintang menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar sehingga 5XL, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.

Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan barisan duta Bulan Bintang 2024 yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha.

Manakala, Remy Ishak diperkenalkan sebagai duta koleksi Baju Melayu Teluk Belanga di samping persembahan oleh Aina Abdul serta Kugiran Masdo.

Azzim yang lebih dikenali sebagai Meri, antara hadiah yang ditawarkan dalam kempen Raya kali ini ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah menarik lain. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

by thevokal 11/11/2025 34

PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 50

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 65

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.