THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Azhan Rani Buat Pendakian Amal – Misi Tawan Island Peak
 Azhan Rani Buat Pendakian Amal – Misi Tawan Island Peak
Selebriti Semasa

Azhan Rani Buat Pendakian Amal – Misi Tawan Island Peak

by VOKALIS 19/02/2024 335

Berbaki lima hari lagi, pelakon Azhan Rani teruja untuk memulakan misi Pendakian Amal SAR Ahsana ke Island Peak & Everest Base Camp (EBC) di Nepal.

Azhan yang bakal muncul dalam telemovie Khunsa pada Ramadan nanti berkata, dia bersama pasukannya telah bersedia untuk menawan puncak Gunung Island Peak setinggi 6,160 meter atau 2,120 kaki dari aras laut tersebut walaupun masing-masing mempunyai rasa debaran kerana setiap pendakian itu mempunyai kisah yang tersendiri.

“Setelah lebih setahun merancang dan membuat latihan serta persediaan rapi, hari ini merupakan sesi latihan intensif terakhir kami.

“Ia melibatkan sesi latihan kardio dan ketahanan fizikal serta sesi suai kenal bersama pendaki lain yang akan turut serta ke Island Peak serta EBC.

“Kami rasa teruja kerana pendakian ini bukan misi peribadi tetapi ia merupakan misi pendakian amal bagi mengutip dana untuk disalurkan tabung Ahsana.

“Saya dan SAR turut berterima kasih pada badan dan individu yang sama-sama menyumbang bagi menjayakan misi ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan intensif fasa akhir yang diadakan di Hillrock Resort, Hulu Tamu di sini hari ini.

Sesi latihan yang meliputi “lower body and core workout” itu turut memerlukan pendaki melakukan larian sejauh lima kilometer.

Program Pendakian Amal SAR Ahsana ke Island Peak dan EBC Bersama Azhan Rani 2024 melibatkan keseluruhan 13 orang pendaki yang akan mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal bermula Ahad sehingga 13 Mac depan.

Lima pendaki akan menawan puncak Gunung Island Peak manakala lapan lagi melengkapkan misi ke EBC setinggi 5,364 meter atau 17,598 kaki dari aras laut.

Program amal anjuran Summit Attack Resources dengan kerjasama Kelab Kembara Kosmopolitan itu merupakan cetusan idea Azhan.

Majlis ‘flag off’ kesemua pendaki tersebut akan dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad pada hari Ahad, pukul 3 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.