Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bunuh Dan Bakar – Warga Emas Korban Anak Saudara
 Bunuh Dan Bakar – Warga Emas Korban Anak Saudara
Semasa

Bunuh Dan Bakar – Warga Emas Korban Anak Saudara

by VOKALIS 19/04/2024 572

Seorang warga emas dipercayai menjadi mangsa pembunuhan anak saudara sendiri malah mayatnya turut dibakar sebelum
sebelum serpihan tulang mangsa ditemukan dalam hutan di Kampung Kipaliu di sini, semalam.

Mangsa lelaki berusia 68 tahun ditemukan oleh keluarganya berdasarkan penemuan tulang yang dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa, kira-kira 3 petang.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima laporan pengadu yang juga anak saudara kepada mangsa dan suspek, jam 9.43 malam.

Katanya, pengadu memaklumkan menemui serpihan tulang disyaki tulang manusia yang dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa.

“Serpihan tulang itu dipercayai milik bapa saudaranya yang hilang pada 16 April lalu.

“Bagaimanapun semua serpihan tulang yang ditemui akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisa perbandingan DNA,” katanya.

Simiun berkata, hasil siasatan menahan seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga anak saudara kepada mangsa.

“Suspek ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membantu siasatan. Polis masih dalam proses siasatan termasuk mengenalpasti motif sebenar kejadian,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 138

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 155

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 149

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.