Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Cabul RM20 – Lelaki Cabul Remaja Lepas Beli Nasi Lemak
 Cabul RM20 – Lelaki Cabul Remaja Lepas Beli Nasi Lemak
Semasa

Cabul RM20 – Lelaki Cabul Remaja Lepas Beli Nasi Lemak

by VOKALIS 09/01/2024 471

Niatnya keluar rumah untuk membeli nasi lemak, namun seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menjadi mangsa cabul lelaki yang menegurnya ketika dalam perjalanan pulang.

Lantaran itu, seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul seorang remaja lelaki di sebuah rumah di Batu Caves di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 13 tahun menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, sebelum membuat laporan polis pada jam 12.01 tengah malam, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir

“Ketika kejadian pada jam 10 pagi, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak.

“Suspek telah menyapa mangsa dan mengajaknya menaiki motosikal, kemudian dibawa ke rumah sewanya lebih kurang 700 meter dari rumah mangsa dan mangsa telah dicabul,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Ariffin berkata, mangsa kemudian telah melarikan diri selepas suspek memberikan wang tunai RM20.

“Bertindak atas maklumat, suspek telah ditangkap pada jam 1.50 pagi, kelmarin (Ahad).

“Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampul membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 9

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 11

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

Selebriti

‘Jangan cepat menghukum’ – Dr Afif pertahankan

by thevokal 09/01/2026 26

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.