Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Cadangan Bodoh – Ridhuan Tee Selar Cadangan Pusat Pelacuran Untuk Warga Asing
 Cadangan Bodoh – Ridhuan Tee Selar Cadangan Pusat Pelacuran Untuk Warga Asing
Selebriti Semasa

Cadangan Bodoh – Ridhuan Tee Selar Cadangan Pusat Pelacuran Untuk Warga Asing

by VOKALIS 09/01/2024 512

Cadangan membenarkan pusat pelacuran untuk warga asing di negara ini ialah satu yang dianggap bodoh.

Pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee berkata, ia adalah cadangan bodoh yang hanya menggalakkan lagi aktiviti tidak bermoral.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee

“Ini bukan penyelesaian, ini cadangan yang teramat bodoh, saya syorkan kepada mereka ini pergilah mengaji. Jangan jadi artis jahil,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada cadangan pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor dalam satu podcast terbitan syarikat produksinya baru-baru ini.

Rosyam Nor

Dalam podcast itu, Rosyam dipetik berkata perlunya pusat pelacuran di negara ini untuk warga asing lelaki berhubung lambakan golongan itu sehingga timbul isu jenayah rogol membabitkan mereka.

Pendapat Rosyam itu tular dan mendapat kecaman netizen sebaik podcast berkenaan disiarkan.

Sementara itu, Ridhuan menambah setiap masalah ada jalan penyelsaian bukannya maksiat di atas maksiat.

Malah katanya, cadangan dangkal itu hanya akan menambah masalah yang sedia ada.

“Apakah kita mahu Kuala Lumpur menjadi seperti Hatyai yang terkenal sebagai pusat maksiat?” Soalnya.

Lebih dari itu, cadangan berkenaan juga hanya akan menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit sekaligus mengundang bahaya dalam masyarakat.

Dalam pada itu, Ridhuan juga mencadangkan amalan gaya hidup sihat supaya pemikiran seseorang tidak hanya terdorong melakukan hubungan seks sebagai salah satu cara pemuas nafsu.

Baginya, mana-mana warga asing yang datang ke negara ini perlu patuh dengan penetapan undang-undang serta menghormati budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 12

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

Selebriti

Lagu Masuk Lagi: Baby Shima pesan, ‘Kalau

by thevokal 14/12/2025 23

Penyanyi popular, Baby Shima, kembali mencuri perhatian apabila muncul dengan single terbaharunya berjudul Masuk

Santai

Berkhatan sambil senyum? Teknik Al Farhain jadi

by thevokal 14/12/2025 16

Siapa sangka, pusat rawatan yang sejak dulu menjadi pilihan ramai ini kembali mencuri perhatian,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.