Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. ‘Cepat penat, hidung kerap berdarah’… Zara Zya dedah hidap kanser buah pinggang
 ‘Cepat penat, hidung kerap berdarah’… Zara Zya dedah hidap kanser buah pinggang
Selebriti

‘Cepat penat, hidung kerap berdarah’… Zara Zya dedah hidap kanser buah pinggang

by thevokal 21/12/2025 180

PELAKON terkenal Zara Zya berkongsi berita menyentuh hati apabila mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser buah pinggang jenis karsinoma sel renal tahap satu.

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin, itu mendedahkan telah lama mengalami tanda-tanda awal sejak empat tahun lalu sehingga didiagnosis menghidap barah berkenaan pada tahun 2024.

“Bertahun badan memberi isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah.

“Sehingga tahun lepas, semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap kanser buah pinggang jenis karsinoma sel renal (renal cell carcinoma) tahap satu.

“Tolong jangan abaikan isyarat tubuh kita,” tulisnya.

Aktres versatil berusia 38 tahun itu juga berkongsi antara simptom lain yang dihadapi ialah denyutan di belakang kawasan buah pinggang dan kanser itu hanya dikesan menerusi ujian imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI).

“Saya telah menjalani pembedahan buang sebahagian (buah pinggang) pada tahun lepas,” kongsinya.

Warga maya memberikan semangat buat Zara. Rata-rata mendoakan agar urusan pelakon itu segera sembuh.

Zara terdahulu mendedahkan bergelut masalah kesihatan berkaitan tulang leher, tulang belakang dan arthritis.

Januari lalu, pelakon drama I Love You Mr Arrogant itu turut mendedahkan tubuhnya mengalami kekurangan hormon dan vitamin tertentu selain menjalani pembedahan untuk membuang fibroid serta cyst pada buah pinggang. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 73

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.