THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Cuaca Buruk Sekat Misi Azhan Rani – Patah Balik Di Ketinggian 5,600 Meter
 Cuaca Buruk Sekat Misi Azhan Rani – Patah Balik Di Ketinggian 5,600 Meter
Selebriti Semasa

Cuaca Buruk Sekat Misi Azhan Rani – Patah Balik Di Ketinggian 5,600 Meter

by VOKALIS 07/03/2024 240

Angin kencang dan suhu di bawah negatif
25 darjah Celsius menghalang misi pelakon, Azhan Rani untuk menjejakkan kaki ke puncak Gunung Island Peak, Nepal hari ini.

Pelakon utama drama Khunsa yang bakal disiarkan di Astro Ria bermula 11 Mac ini terpaksa berpatah balik pada ketinggian 5,600 meter (m) dari aras laut atas faktor keselamatan.

Ketua Pendaki, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, keputusan untuk berpatah balik itu terpaksa diambil selepas berbincang dengan Sherpa.

“Atas faktor keselamatan, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik dan tidak meneruskan pendakian.

“Sewaktu pendakian tiba di High Camp pada ketinggian 5,600 m, suhu telah mencecah -25 dan tiupan angin terlalu kencang, sekali gus menyukarkan pendakian,” katanya.

Selain Azhan dan Mohd Fakhrul Munir, tiga lagi pendaki yang mengikuti misi itu ialah Azmi Mohd Ariffin, Khalid Abd Hanid dan pendaki tunggal wanita, Zarina Abd Rahman.

Sementara itu, Azhan berkata dia tetap bersyukur meskipun misi menawan puncak Island Peak yang berketinggian 6,160 m tidak kesampaian.

“Apa yang bermain difikiran saya sekarang adalah balik rumah dengan selamat selepas menempuh pengalaman yang menakutkan.

“Kami memulakan pendakian dalam keadaan fizikal yang baik dan semangat yang tinggi tetapi cuaca buruk menghalang misi kami,” katanya.

Dalam pada itu, lima pendaki lagi berjaya menjejakkan kaki ke Everest Base Camp
setinggi 5,364 meter atau 17,598 kaki dari aras laut.

Seramai 13 orang pendaki menggalas cabaran mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal pada kali ini.

Pendakian Amal SAR Ahsana Ke Island Peak & Everest Base Camp Bersama Azhan Rani 2024 dengan kerjasama Kelab Kembara Kosmopolitan ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu sebuah rumah kebajikan, Persatuan Kebajikan AHSANA Kuala Lumpur di Puchong yang menempatkan orang kurang upaya (OKU) dan Autism. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.