Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Dapat Duit Raya – Rezeki Lebaran Penjawat Awam
 Dapat Duit Raya – Rezeki Lebaran Penjawat Awam
Semasa

Dapat Duit Raya – Rezeki Lebaran Penjawat Awam

by VOKALIS 01/04/2024 461

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 37

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 117

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 34

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.