Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Dia Janji Hadiahkan Saya Diploma, Tapi Yang Pulang Jenazah…” – Bapa Terima Berita Anak Maut Kemalangan
 “Dia Janji Hadiahkan Saya Diploma, Tapi Yang Pulang Jenazah…” – Bapa Terima Berita Anak Maut Kemalangan
Semasa

“Dia Janji Hadiahkan Saya Diploma, Tapi Yang Pulang Jenazah…” – Bapa Terima Berita Anak Maut Kemalangan

by VOKALIS 05/04/2024 531

Patahnya hati seorang bapa yang teruja menunggu anak membawa pulang sebuah diploma namun tidak kesampaian apabila anaknya itu maut dalam kemalangan.

Itulah hakikat yang terpaksa diterima Mohd Fadzli Ramli bapa kepada Allahyarham Muhammad Fadzri Aiman, 20, pelajar Kolej Vokasional Bukit Katil, Melaka yang maut dalam kemalangan, malam tadi.

“Arwah janji nak bawa pulang diploma untuk dihadiahkan pada saya, tapi yang pulang adalah jenazah,” katanya.

Kemalangan pada jam 10.30 malam, di Kilometer 121.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan ketika pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil skrol diploma jurusan pemesinan perindustrian di kolejnya.

Menurut Mohd Fadzli, 48, sebelum berangkat pulang ke rumahnya di Johor Jaya, dia menelefon arwah dan ketika itulah anak kedua daripada tujuh beradik itu berjanji mahu menghadiahkan diploma diraihnya.

“Saya tunggu kepulangan dia hingga terlelap, apabila terjaga sekitar jam 12 tengah malam, adiknya memaklumkan abang sudah meninggal.

“Walaupun hati saya sedih, tapi jiwa saya gembira kerana arwah meninggal di bulan Ramadan, tepat malam Jumaat, 10 malam terakhir… Semua ini terserah pada Allah,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku membabitkan tiga kenderaan iaitu dua kereta dan sebuah motosikal ditunggang mangsa.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di lorong kiri, bergesel dengan sebuah kereta yang sedang memperlahankan kelajuan kerana mahu menukar lorong kiri. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 20

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

Selebriti

“Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi

by thevokal 03/03/2026 28

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharu

Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 67

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.