Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. DJ Lin Menang Lagi – Diiktiraf Penyampai Radio Paling Dipercayai
 DJ Lin Menang Lagi – Diiktiraf Penyampai Radio Paling Dipercayai
Selebriti

DJ Lin Menang Lagi – Diiktiraf Penyampai Radio Paling Dipercayai

by VOKALIS 16/05/2024 519

Ikon penyampai radio, DJ Lin terus relevan sebagai antara yang terbaik dalam industri tempatan apabila sekali lagi diberikan pengiktirafan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia.

Kejayaan itu diraih kali keempat berturut- turut bagi anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Meskipun tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan kerana sedang menunaikan ibadah Umrah, DJ Lin tetap merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya sehingga kini.

“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad di atas sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini.

“Juga, sekalung penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini.

“Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” katanya.
 
Mengulas lanjut, penyampai slot Suria Cinta di Suria FM berkata, anugerah itu merupakan hasil dari kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.

Kajian ini melibatkan 2000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk, dan personaliti yang yang paling dipercayai oleh mereka yang mempunyai lebih dari 45 kategori yang berbeza.

Tambah DJ Lin, kejayaan itu juga pemangkin untuk dirinya terus memberikan yang terbaik sebagai penyampai radio serta menguruskan stesen Suria FM menjadi pilihan peminat. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 26

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 30

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 39

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.