Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Tajul Terkilan Wany Hasrita Tolak Duet – Resipi Berkasih Bersama Muna Shahirah
 Tajul Terkilan Wany Hasrita Tolak Duet – Resipi Berkasih Bersama Muna Shahirah
Selebriti Semasa

Tajul Terkilan Wany Hasrita Tolak Duet – Resipi Berkasih Bersama Muna Shahirah

by VOKALIS 15/05/2024 531

Impian Tajul untuk berduet dengan Wany Hasrtita merakamkan semula lagu Resipi Berkasih bagi projek khas album tribute Istimewa untuk Allahyarham Achik Spin tidak kesampaian.

Meskipun akui terkilan, dia akur dengan pilihan FMC Music untuk menggandingkannya dengan Muna Shahirah bagi menyempurnakan projek album berkenaan yang sedang dalam proses untuk disiapkan.

“Saya akur dan menghormati keputusan Wany Hasrita jika dia tidak mahu lagi berduet dengan saya. Memang ada sedikit terkilan sebab bagi saya gandingan kami serasi dan peminat suka jika kami duet bersama. Namun saya harus memahami situasi Wany sekarang yang telah berumah tangga dan mungkin keadaan sekarang membuatkan beliau tidak selesa berduet dengan saya.

“Muna berjaya membuat Resipi Berkasih versi baru ini lebih wow. Dan saya berterima kasih kepada FMC Music kerana mencadangkan agar Muna menggantikan Wany.

Muna bukan Sahaja memberi kerjasama yang baik pada saya malah Muna mempunyai vokal yang tidak dapat di pertikaikan lagi. Walaupun ini merupakan gandingan pertama kami tetapi saya tak sangka ianya berjalan lancar dan sangat mudah,” katanya.

Sementara itu, Muna Shahirah yang sebelum ini pernah digandingkan di dalam lagu dengan Afieq Shazwan dan Zack Zakwan berkata tidak menjadi masalah baginya untuk bekerjasama dengan sesiapa pun asalkan lagu itu bersesuaian.

“Saya sedikit pun tidak merasa kecil hati apabila saya dijadikan pilihan kedua untuk lagu ini melihat peluang yang datang ini ke arah positif. Sebab saya yakin setiap aturan yg Allah tetapkan itu tak pernah silap dan pasti lebih baik. Malah saya rasa bangga dapat terlibat dalam projek khas ini,” katanya.

Muzik Video dan lagu Resipi Berkasih versi 2024 duet Tajul dan Muna Shahirah sudah dilancarkan di Youtube FMC Music dan di semua platform digital. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 26

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 30

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 39

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.