Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Doakan Yang Baik-Baik.” – Saya Kenal Aliff Aziz
 “Doakan Yang Baik-Baik.” – Saya Kenal Aliff Aziz
Semasa Sensasi

“Doakan Yang Baik-Baik.” – Saya Kenal Aliff Aziz

by VOKALIS 19/03/2024 671

Pelakon sedang meningkat naik Shahidan Izwan meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan mengakui sangat kenal Aliff Aziz.

Dia berkata demikian ketika ditanya keadaan rakannya itu yang terpalit dengan kontroversi dakwaan khalwat bersama aktres Ruhainies baru-baru ini.

Shahidan Izwan

“Saya tak pasti dengan keadaannya sebab saya pun sudah lama tak jumpa dia secara semuka.

“Setakat ini kami adalah berhubung menerusi telefon. Apa pun bagi saya kita doakan sahajalah yang baik-baik.

“Moga perkara ini dapat diselesaikan secara lancar. Sampai sekarang pun kami masih lagi berhubung,” katanya.

Ditanya sama ada Aliff pernah meluah mengenai isu hangat berkenaan kepadanya, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah akui Aliff belum berbuat demikian.

“Setakat ini dia tidak ada berkongsi apa-apa, cuma dia minta doa, agar dia kuat. Saya pun risau. Tapi buat masa sekarang ini alhamdulillah dia semakin baik.

“Apa yang boleh kita buat ialah mendoakan yang baik-baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar bersama Izzue Islam di Kueh Cafe, Shah Alam, pada Isnin.

Mengulas mengenai Aliff yang l dikenalinya, Shahidan menyifatkan bapa kepada dua cahaya mata itu sebagai rakan yang baik.

“Alhamdulillah dengan saya, dia seorang yang baik, selalu menegur kalau saya buat silap. Malah dia pun tak lekang daripada dakwah juga sebenarnya.

“Dia pun tak terlalu bergaul dengan ramai orang. Misalnya kalau nak keluar beli keperluan penggambaran atau nak ‘man talk’ pun dengan saya. Itu sajalah,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 170

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.