THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Duo Zero Bukan Sekadar Pelawak, Versatiliti Seni Strategi Tapau RM100,000 Juarai Famili Duo 2023
 Duo Zero Bukan Sekadar Pelawak, Versatiliti Seni Strategi Tapau RM100,000 Juarai Famili Duo 2023
Sedunia Semasa

Duo Zero Bukan Sekadar Pelawak, Versatiliti Seni Strategi Tapau RM100,000 Juarai Famili Duo 2023

by VOKALIS 04/12/2023 302

Menepati ramalan, pasangan adik-beradik, Syaiful dan Sharif muncul sebagai juara Famili Duo musim ketiga (FD3) dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan duo Zero itu membawa pulang ganjaran lumayan berupa wang tunai berjumlah RM100,000.

Mereka menyampaikan lagu Kong Kali Kong untuk tema pusingan pertama iaitu Tema Berkumpulan/Duet Popular disusuli lagu Medley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah bagi segmen kedua bertemakan Bebas yang mendapat pujian melambung juri.

Pasangan duo terbabit menduduki posisi teratas dengan markah keseluruhan 81 peratus, meninggalkan jauh dua lagi finalis yang turut memberikan saingan sengit.

Prestasi Syaiful, 34, dan adiknya, Sharif, 33, terserlah sejak mula rancangan terbabit disiarkan sementelah tiga kali bergelar juara mingguan iaitu pada konsert pertama, kelima dan keenam.

Pesaing terdekat, Adira dan kakaknya Emma Suhaimi serta duo sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran terpaksa akur sejurus kemenangan tidak berpihak kepada mereka. – THE VOKAL

Sumber: KOSMO!

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.