Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Helah ‘Cium Lapik’ Dibuat Hun Haqeem Dan Daiyan Trisha Cetus Provokasi – “Isunya, Kenapa Perlu Tiru Babak Tu?”
 Helah ‘Cium Lapik’ Dibuat Hun Haqeem Dan Daiyan Trisha Cetus Provokasi – “Isunya, Kenapa Perlu Tiru Babak Tu?”
Selebriti Semasa Sensasi

Helah ‘Cium Lapik’ Dibuat Hun Haqeem Dan Daiyan Trisha Cetus Provokasi – “Isunya, Kenapa Perlu Tiru Babak Tu?”

by VOKALIS 04/12/2023 1233

Mula bersiaran di platform VIU, siri W: Two Worlds yang diadaptasi daripada K-drama mengikut acuan budaya Malaysia sudah menjadi bualan panas warga maya.

Masakan tidak, babak dalam episod awalnya mempamerkan lakonan Daiyan Trisha sebagai Izara seakan-akan bercium dengan Hun Haqeem yang membawa watak Alif mencetuskan provokasi.

Berdasarkan drama asal dari Korea, watak utama wanita telah mencium pelakon lelaki utama dan implimentasi yang dibuat dalam drama ini adalah ‘cium berlapik’.

Lantas, adegan terbabit dengan pantas dibahaskan secara terbuka di ruangan maya oleh penonton yang rata-ratanya adalah bangsa Melayu, bahkan beragama Islam.

“Ya, tahu ini naskhah adaptasi daripada K-drama. 

“Tapi perlu ke babak yang bercanggah dengan agama atau budaya masyarakat majmuk serta berbilang agama di Malaysia ini dilacurkan begitu?

“Jangan tiru bulat-bulat aksi yang pelakon Korea buat dalam drama asal. Kena jadi kreatif untuk mencari alternatif lain,” memetik beberapa komen netizen yang membantah perlakuan dua bintang berkenaan.

Namun tambah kecewa, terdapat segelintir warganet bertindak mempertahankan teknik improvisasi yang cuba dipersembahkan Daiyan dan Hun supaya alur cerita asalnya sampai kepada penonton.

Hujah mereka, babak tersebut tidak boleh dipotong atau dibuang memandangkan sejak detik itulah si uda dan dara tanpa sedar perlahan-lahan merasai bibit-bibit cinta dalam perasaan masing-masing. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

“Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi

by thevokal 03/03/2026 15

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharu

Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 57

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 58

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.