Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Feby Putri Kembali Lagi Ke Malaysia – Konsert Detik Menit Jam Kuala Lumpur
 Feby Putri Kembali Lagi Ke Malaysia – Konsert Detik Menit Jam Kuala Lumpur
Selebriti Semasa

Feby Putri Kembali Lagi Ke Malaysia – Konsert Detik Menit Jam Kuala Lumpur

by VOKALIS 07/05/2024 683

Selepas mendapat sambutan baik pada siri konsert sulungnya di Malaysia tahun lalu, Feby Putri kembali ke negara ini menerusi Konsert Feby Putri Vol.2 Detik Menit Jam Kuala Lumpur.

Konsert itu dibawakan oleh pemilik nama sebenar Feby Putri Nilam Cahyani dan pihak Miebird Projects dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 27 Julai ini di Zepp Kuala Lumpur.

Popular menerusi lagu Halu, Feby sebelum ini berkongsi cerita dengan media di Malaysia yang dia sanggup merantau ke kota besar Jakarta pada usia 18 tahun untuk mengejar impiannya  bergelar anak seni. Katanya, hasrat itu awalnya ditentang orang tua.

“Saya ke Jakarta bersama abang saya. Kami sama-sama memang meminati bidang seni namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana berasa risau. Namun saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.

“Ketika itu saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil ‘cover’ lagu-lagu  orang lain di laman YouTube bagi menjana pendapatan. Akhirnya pada 2021, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri,”ceritanya tentang perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya.

“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu.Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu malah para pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur melalui konsert ini nanti, “ kata Feby teruja.

Tiket-tiket berharga RM135 – HALU (berdiri- zon belakang), RM175 – Diri (berdiri – zon hadapan), RM195 – USIK (Duduk-Biasa), RM255 – RUNTUH (Duduk-Premium), RM335 – Per pax (VIP BOX) mulai dijual pada 20 April 2024, dilaman web rasmi agen tiket www.ilassotickets.com
 
Jangan lepaskan peluang healing bersama sama Feby Putri dengan lagu-lagu seperti Halu, Usik, Diri, Runtuh, Liar Angin, Detik,Menit, Jam dan deretan lagu hits didalam konsert pada Julai nanti. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama

by Deel Anjer 09/09/2025 148

SEORANG lelaki mengaku terkilan dan kecewa dengan tindakan sebuah sekolah yang menamatkan persekolahan anaknya

Semasa

Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok

by Deel Anjer 01/09/2025 150

ISU kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, 13, terus menjadi topik hangat dan

Selebriti

‘Diserang’ lelaki gila s*ks gara-gara MV Island

by Deel Anjer 01/09/2025 136

PENYANYI popular Baby Shima akui rasa bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.