
Feby Putri Kembali Lagi Ke Malaysia – Konsert Detik Menit Jam Kuala Lumpur
Selepas mendapat sambutan baik pada siri konsert sulungnya di Malaysia tahun lalu, Feby Putri kembali ke negara ini menerusi Konsert Feby Putri Vol.2 Detik Menit Jam Kuala Lumpur.
Konsert itu dibawakan oleh pemilik nama sebenar Feby Putri Nilam Cahyani dan pihak Miebird Projects dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 27 Julai ini di Zepp Kuala Lumpur.

Popular menerusi lagu Halu, Feby sebelum ini berkongsi cerita dengan media di Malaysia yang dia sanggup merantau ke kota besar Jakarta pada usia 18 tahun untuk mengejar impiannya bergelar anak seni. Katanya, hasrat itu awalnya ditentang orang tua.
“Saya ke Jakarta bersama abang saya. Kami sama-sama memang meminati bidang seni namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana berasa risau. Namun saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.

“Ketika itu saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil ‘cover’ lagu-lagu orang lain di laman YouTube bagi menjana pendapatan. Akhirnya pada 2021, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri,”ceritanya tentang perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya.
“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu.Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu malah para pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur melalui konsert ini nanti, “ kata Feby teruja.


Tiket-tiket berharga RM135 – HALU (berdiri- zon belakang), RM175 – Diri (berdiri – zon hadapan), RM195 – USIK (Duduk-Biasa), RM255 – RUNTUH (Duduk-Premium), RM335 – Per pax (VIP BOX) mulai dijual pada 20 April 2024, dilaman web rasmi agen tiket www.ilassotickets.com
Jangan lepaskan peluang healing bersama sama Feby Putri dengan lagu-lagu seperti Halu, Usik, Diri, Runtuh, Liar Angin, Detik,Menit, Jam dan deretan lagu hits didalam konsert pada Julai nanti. – THE VOKAL