Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Fikir Panjang Sebelum Buang – Shahrulezad Ingatkan ‘Anu’ Lelaki Bukan Macam Ekor Cicak
 Fikir Panjang Sebelum Buang – Shahrulezad Ingatkan ‘Anu’ Lelaki Bukan Macam Ekor Cicak
Selebriti Semasa

Fikir Panjang Sebelum Buang – Shahrulezad Ingatkan ‘Anu’ Lelaki Bukan Macam Ekor Cicak

by VOKALIS 23/01/2024 659

Hukumnya jelas haram dalam Islam bagi seorang pondan dan mak nyah yang menjalani pembedah membuang dan menukar alat kelamin mereka.

Malah, perubatan itu hanya akan mensia-siakan dan membuat seorang itu menyesal seumur hidup.

Penerbit dan pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin mengingatkan golongan pondan dan mak nyah supaya berfikir panjang sebelum membuat keputusan menukar alat kelamin mereka.

Shahrulezad Mohameddin

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya @budakijat, dia berkata golongan berkenan perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk membedah kemaluan.

Shahrulezad mengingatkan supaya golongan itu tidak menyesal di kemudian hari akibat keputusan yang diambil.

“Cer carik kat Shopee. Mana tahu boleh
ganti balik dengan yang plastik made in China punya.

“Moral of the story untuk peponen (pondan) tengah menggeletis feeling nak jadi pompuan sangat sila fikir masak masak sebelum buat keputusan penting nak potong anu tu korang tu.

“Jangan dah tua baru nak menyesal. Ko (kau) hengat (ingat) anu yg dah dikerat kerat tu boleh tumbuh balik macam ekor cicak?” katanya.

Lucinta Luna

Pengarah filem Sutun itu menulis kapsyen berkenaan bersama sekeping foto laporan membabitkan artis transeksual Indonesia, Lucinta yang mahu memiliki semula zakar miliknya yang sudah dipotong.

Sementara itu, Shahrulezad juga bakal muncul dengan karya terbaru berjudul Khunsa pada Ramadan ini di Astro.

Dia berkata drama bersiri berdasarkan kisah benar itu bakal menarik perhatian penonton dengan kisah menyayat hati.

“Drama ini dihasilkan dengan teliti dan mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk institusi keagamaan.

“Saya harap semua akan menonton dan memahami mesej penting dalam drama ini serta menginsafi kebesaran Allah,” katanya. -THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 29

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 37

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 53

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.